Rebung tetap menjadi buluh
Iklan
Jangan memandang rendah ‘orang lama’ kerana mereka telah melalui pelbagai himpunan kegagalan, yang akhirnya bertukar menjadi kebijaksanaan. Foto hiasan
KITA sering mendengar peribahasa 'melentur buluh biarlah daripada rebungnya'. Persoalannya, bagaimana untuk memastikan rebung tersebut tidak hilang arah sebelum sempat menjadi buluh?
Sesungguhnya, tidak ada rebung yang memilih untuk kekal muda. Masa akan memaksanya membesar dan mendorongnya menjadi lebih matang.