Lelaki disyaki rakan subahat Epstein ditemukan mati

Iklan
Daniel Siad (kiri) dan Jeffrey Epstein

MOSCOW - Daniel Siad, bekas pencari bakat model dan jurugambar fesyen yang disyaki menjadi rakan subahat kepada pesalah seks Amerika Syarikat (AS) yang telah meninggal dunia, Jeffrey Epstein, ditemukan mati di kediamannya di pinggir bandar Paris, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik penyiar Perancis BFMTV pada Rabu.

Warga Sweden berusia 69 tahun yang dilahirkan di Algeria itu ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Colombes pada Isnin, menurut BFMTV. Polis Perancis telah melancarkan siasatan berhubung kematian Siad, namun punca kematiannya masih belum diketahui.

Iklan
Iklan

Siad disyaki merekrut gadis untuk Epstein bagi tujuan eksploitasi seksual.

Pada 2019, Epstein didakwa di AS atas pertuduhan memperdagangkan kanak-kanak bawah umur bagi tujuan eksploitasi seks, yang membawa hukuman penjara sehingga 40 tahun, selain konspirasi untuk melakukan jenayah itu.

Iklan

Pendakwa raya berkata Epstein melakukan penderaan seksual terhadap puluhan gadis bawah umur antara 2002 hingga 2005 dengan membayar wang tunai kepada mereka, selain menggunakan sebahagian mangsa untuk merekrut mangsa lain. Ada antara mangsa berusia seawal 14 tahun.

Pada Julai 2019, mahkamah di Manhattan menolak permohonan ikat jamin beliau. Pada 10 Ogos tahun yang sama, Epstein ditemukan dalam keadaan separuh sedar di sel penjara sebelum disahkan meninggal dunia. Siasatan kemudian mendapati beliau membunuh diri. - Bernama

Iklan