HANYA dengan satu sentuhan, mesin kopi keluaran baharu Philips mampu menghasilkan espresso segar dengan mengisar biji kopi dan menghidangkannya terus ke dalam cawan sepantas 60 saat.
Philips Baristina memperkenalkan inovasi baharu dalam kategori peralatan elektronik rumah dengan menggabungkan teknologi mesin kopi kapsul dengan kesegaran, aroma dan rasa kopi espresso sebenar seperti di kafe.
Berpegang pada slogan 'Kopi Sebenar Kini Lebih Mudah', Baristina direka untuk isi rumah moden, bertujuan memberi pengalaman baharu menikmati kopi di rumah menerusi sebuah mesin yang mudah digunakan, kompak dan bergaya, melengkapi pelbagai ruang kediaman moden.
Dikuasakan dengan pam tekanan 16 bar, mesin tersebut menghasilkan aroma yang lebih kaya, rasa yang sempurna serta lapisan berkrim seperti di kafe, memberikan pengalaman menikmati kopi bagaikan dibancuh sendiri oleh seorang barista profesional.
Lebih menarik, kelebihan Baristina turut diiktiraf oleh Pakar Kopi Malaysia, Jason Loo yang merupakan pemenang Barista Malaysia sebanyak empat kali serta empat terbaik dalam pertandingan Barista Sedunia.
Pengarah Komersial, Versuni Home Life Malaysia, Patt Sue-Ann berkata, sejajar dengan perkembangan budaya kopi di Malaysia, semakin ramai penggemar kopi mencari alternatif untuk menikmati kopi berkualiti kafe tanpa perlu keluar.
Menurutnya, menyedari permintaan tinggi untuk kopi berkualiti, Philips Baristina menawarkan pengalaman membuat kopi segar dan mudah di rumah.
"Mesin Baristina ini memperkenalkan teknik baharu membuat kopi yang menjadi titik temu antara mesin espresso tradisional dan mesin kopi kapsul dan meralkan budaya kopi yang dekat di hati rakyat Malaysia," katanya sempena pelancaran Baristina, di sini, pada Rabu.
Pada pelancaran tersebut, Philips turut mengumumkan pelakon dan pengacara Sean Lee dilantik sebagai Duta Kempen Philips Baristina.
Sempena pelancaran tersebut juga, Jason mencipta resepi Latte Ube Gula Melaka menggunakan bahan tempatan yang terbaik termasuklah Campuran Kopi Baristina.
Jason yang juga Pengasas Bersama, Yellow Brick Road dan Contour berkata, kopi espresso yang asli boleh menjadi rutin seharian tanpa menjejaskan kualitinya.
"Sebagai pakar kopi, saya menghabiskan masa bertahun-tahun untuk mencari espresso yang sempurna. Saya kagum melihat fungsi Baristina yang mudah digunakan supaya saya dapat menikmati kopi kegemaran saya tanpa kerenah dan mencuba resepi berbeza," katanya.
Sementara itu, Ketua Pemasaran Rantau Asia Tenggara, Versuni, Celeste Tan berkata, rakan kongsi Baristina, Jason Loo mempunyai kredibiliti dan seni kepakaran dalam arena kopi premium, manakala Sean Lee mencerminkan aspirasi generasi masa kini penggemar kopi yang mahukan kopi berkualiti setiap hari.
"Apabila digandingkan, mereka benar-benar menjadi model slogan kami 'Real Espresso, Made Simple' - memudahkan proses pembuatan kopi tanpa menjejaskan kualitinya," katanya.
Philips Baristina ditawarkan dalam pilihan warna Black dan Milky White, pengguna juga boleh menukar kemasan tuil penapis mudah digunakan dalam pilihan Milky White, Mango Yellow, Black dan Wood.
Bagi penggemar kopi berasaskan susu, pembuat buih susu (milk frother) yang dijual berasingan turut disediakan untuk menghasilkan buih susu panas atau sejuk dalam hanya beberapa saat.
Produk tersebut kini boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan Harvey Norman dan secara dalam talian menerusi platform terpilih termasuk Shopee dan TikTok.