Baucar Buku Madani perkasa budaya membaca SMK Bidor

Iklan
Pelajar SMK Bidor menunjukkan buku-buku yang dibeli menerusi penebusan Baucar Buku Madani.

BIDOR - Program penebusan Baucar Buku Madani di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bidor di sini pada Rabu bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan pelajar malah menjadi pemangkin kepada usaha memperkasakan budaya membaca dalam kalangan warga sekolah.

Guru Perpustakaan dan Media SMK Bidor, Noratina Mohd Puzi berkata, inisiatif itu memberi peluang kepada pelajar, khususnya daripada keluarga kurang berkemampuan untuk memiliki bahan bacaan yang berkualiti tanpa perlu mengeluarkan kos sendiri.

Iklan
Iklan

Menurutnya, program tersebut turut menggalakkan amalan membaca sekali gus menambah koleksi bahan bacaan peribadi pelajar.

"Ramai pelajar yang sebelum ini tidak berpeluang membeli buku kini boleh mendapatkan bahan bacaan melalui Baucar Buku Madani.

Iklan

Noratina berkata, seramai kira-kira 634 pelajar SMK Bidor layak menikmati manfaat program Baucar Buku Madani berkenaan.

Pelajar SMK Bidor memilih buku untuk dimiliki menerusi penebusan Baucar Buku Madani.

Iklan

Katanya, pelajar Tingkatan Empat dan Lima kebanyakannya telah membuat penebusan secara dalam talian menggunakan telefon pintar masing-masing, manakala pelajar yang belum berbuat demikian dibantu guru serta wakil penerbit yang hadir ke sekolah.

"Melalui kehadiran penerbit seperti Karangkraf Mall ke sekolah, urusan penebusan menjadi lebih mudah terutama bagi pelajar yang tidak mempunyai peranti sendiri,” katanya.

Noratina berkata, pihak sekolah turut memberi kebebasan kepada pelajar memilih bahan bacaan mengikut minat masing-masing termasuk novel, komik dan buku rujukan.

Menurutnya, pendekatan itu membolehkan pelajar memilih buku yang bersesuaian dengan keperluan akademik serta mampu meningkatkan minat mereka terhadap pembacaan.

Beliau berkata, kehadiran wakil penerbit ke sekolah bagi membantu proses penebusan Baucar Buku Madani merupakan pengalaman pertama walaupun program pameran buku dan bengkel bersama penerbit pernah dilaksanakan.

“Sebelum ini guru-guru menguruskan sendiri proses penebusan, namun kali ini kehadiran staf penerbit banyak memudahkan urusan pelajar dan pihak sekolah,” katanya.

Tambah beliau, pihak sekolah menerima permohonan daripada Karangkraf Mall melalui Jabatan Pendidikan Negeri Perak untuk melaksanakan program tersebut di sekolah.

Pelajar SMK Bidor membuat penebusan Baucar Buku Madani di sekolah berkenaan pada Rabu.

Sementara itu, beliau menyifatkan Karangkraf Mall sebagai antara penerbit tempatan yang terkenal dengan penerbitan pelbagai judul berkualiti termasuk novel hasil karya penulis popular.

Katanya, pameran buku yang diadakan sepanjang program berlangsung turut memberi peluang kepada pelajar melihat sendiri pelbagai pilihan bahan bacaan sebelum membuat penebusan baucar masing-masing.

Pelajar diberikan kebebasan memilih buku kegemaran mereka dan menebus sendiri dengan dipantau oleh kakitangan Karangkraf Mall.

Dalam pada itu, Karangkraf Mall mengalu-alukan mana-mana sekolah yang ingin buat penebusan Baucar Buku Madani dan sebarang maklumat lanjut boleh berhubung menerusi talian 019-2297227.