KUANTAN - Program MAHA Pahang 2026 menyasarkan nilai jualan RM1.3 juta, sekali gus memberi limpahan ekonomi kepada usahawan tani, industri asas tani, sektor pelancongan serta komuniti setempat.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Usmail berkata program selama empat hari bermula esok di Dataran Raub bertemakan 'Agro Lestari Bina Negeri' menghimpunkan 100 usahawan.
Menurutnya, sebanyak 25 kenderaan daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bagi Konvoi MAHA Pahang 2026 dilepas di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Bera.
"Ini sebagai simbolik permulaan jelajah promosi program itu ke seluruh negeri
"Saya berharap MAHA Pahang 2026 akan terus menjadi platform terbaik untuk mempromosikan hasil pertanian negeri, memperkenalkan inovasi dalam sektor agro serta membuka peluang pasaran yang lebih luas kepada para usahawan tempatan," katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya beliau pada Rabu.
Wan Rosdy berharap orang ramai dapar menyokong hasil keluaran tempatan, menghargai usaha para petani, penternak dan usahawan agro.
"Ini sekali gus memperkukuh sektor pertanian sebagai antara pemacu utama ekonomi negeri," tulis beliau.