Ola bola, Viva Espana!
Iklan
Raja Sepanyol, Philip VI diberi penghormatan menjulang Piala Dunia selepas skuad La Roja merampas trofi keramat tersebut daripada Argentina.
AKHIRNYA Espana (nama asal Sepanyol) jadi juara Piala Dunia. Ini kejohanan ke-23. Hanya lapan negara yang pernah jadi juara. Kali ini Sepanyol menang dengan satu gol.
Kesian Lionel Messi dari Argentina, patutnya bawa trofi kejohanan untuk kali keempat. Ini peluang terakhir legenda bola sepak Argentina itu. Beliau sudah 39 tahun dan sudah bermain di Piala Dunia enam kali sejak 2006.