Lebih 700 dron haram dirampas sepanjang Paia Dunia - FBI

Iklan
Kesemua dron dirampas itu beroprasi secara haram.

WASHINGTON - Pegawai penguat kuasa undang-undang Amerika Syarikat (AS) merampas lebih 700 dron haram dan mengesan kira-kira 1,600 dron berdekatan 11 stadium di negara itu sepanjang kejohanan Piala Dunia FIFA, kata Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Kash Patel pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Patel berkata, kira-kira 6.8 juta penonton menghadiri 104 perlawanan sepanjang kejohanan itu, sambil menambah bahawa sepanjang tempoh berkenaan,"FBI bekerja tanpa henti bersama rakan persekutuan, negeri, tempatan dan antarabangsa bagi memastikan keselamatan acara sukan terbesar dalam sejarah itu."

Iklan
Iklan

Menurut beliau, pegawai penguat kuasa undang-undang turut berkongsi risikan, melindungi venue pertandingan dan menangani ancaman sebelum ia boleh membahayakan penyokong.

Kejohanan Piala Dunia FIFA 2026 berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai. Ia merupakan edisi pertama yang membabitkan 48 pasukan dan dianjurkan di tiga negara iaitu AS, Mexico dan Kanada.

Iklan

Pada Ahad, pasukan kebangsaan Sepanyol menewaskan Argentina 1-0 pada perlawanan akhir Piala Dunia sekali gus muncul juara buat kali kedua. Perlawanan akhir itu berlangsung di New Jersey. - Bernama 

 

Iklan