Kerajaan bincang cadangan e-bazar Ramadan, hari ini

Iklan
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kerajaan akan membincangkan cadangan pelaksanaan e-bazar Ramadan pada mesyuarat Kabinet hari ini bagi mengelakkan pergerakan rakyat dalam jumlah besar, sekali gus memutuskan rantaian koronavirus (Covid-19).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat beberapa pandangan mengatakan bahawa pesanan yang dibuat pembeli secara dalam talian akan dihantar ke lokasi atau pembeli perlu mengambil sendiri pesanan di lokasi tertentu.

Iklan
Iklan

"Jika pesanan perlu diambil di bazar Ramadan atau lokasi tertentu, ia akan menyebabkan pergerakan ramai. Walaupun pelaksanaan dilakukan secara dalam talian, tetapi secara fizikalnya pembeli perlu keluar mengambil pesanan yang dibuat dan boleh menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya.

"Kita tidak mahu rakyat memberikan alasan untuk keluar. Kalau ada tempat atau lokasi perlu ambil barang dan sebagainya, polis akan mengalami kesukaran.

"Apabila sampai di tempat sekatan jalan raya, mereka memberi alasan mahu mengambil pesanan yang telah dibuat," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri di sini semalam.

Iklan

Ismail Sabri berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berkaitan pandangan kerajaan berhubung e-Bazar Ramadan susulan pengumuman tidak membenarkan bazar di seluruh negara dibuka tahun ini.

Menjawab soalan adakah kerajaan akan memperketatkan lagi standard operasi prosedur (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga, Ismail Sabri menjelaskan, pelaksanaan sedia ada sudah ketat seperti perniagaan yang dibenarkan dihadkan waktu operasinya.

Iklan

"Selain itu kita tekankan soal penjarakan sosial. Ramai yang telah ikut apa yang telah disarankan kerajaan cuma apa yang menjadi isu sekarang ini ialah ramai orang keluar.

"Sebenarnya beberapa SOP lebih ketat turut kita cadangkan, bagaimanapun pandangan Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diperlukan.

"Penambahan sekatan jalan raya bagi PKP fasa ketiga ini saya percaya akan ditambah supaya kita dapat kawal pergerakan rakyat," katanya.