Hannah Yeoh nafi hanya tujuh kakitangan India, seorang Cina di DBKL

Iklan
Hannah menjelaskan, poster palsu tular menerusi aplikasi WhatsApp tidak menggambarkan jumlah sebenar perjawatan di DBKL. Foto: FB Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menafikan dakwaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya mempunyai tujuh kakitangan berbangsa India dan seorang berbangsa Cina daripada keseluruhan 10,000 orang.

Hannah berkata, poster palsu yang tular menerusi aplikasi WhatsApp itu tidak menggambar data sebenar perjawatan di agensi pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

Iklan
Iklan

"Daripada jumlah itu, dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional, terdapat 10 pegawai India dan dua pegawai Cina," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Mengulas lanjut, Hannah mengakui tahap representasi dalam DBKL masih memerlukan penambahbaikan.

Iklan

"Saya telah meminta DBKL meneliti data permohonan, pengambilan, kenaikan pangkat dan saluran hebahan jawatan

"Langkah ini penting supaya kita dapat mengenal pasti jurang sebenar dan mengambil langkah penambahbaikan yang telus, adil serta berasaskan merit," katanya lagi.

Iklan

Pada masa sama, Hannah mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai maklumat yang tidak sahih, khususnya sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

"Isu ini tidak harus dijadikan bahan untuk melaga-lagakan masyarakat.

"Kita perlu membetulkan fakta berdasarkan data yang tepat, di samping memperbaiki kelemahan yang ada," ujarnya.