Dataran Kemerdekaan Shah Alam dipilih lokasi perasmian Sukma

Iklan
Amirudin

KLANG - Dataran Kemerdekaan Shah Alam sah dipilih menjadi venue perasmian Sukan Malaysia (Sukma) dan Sukan Para Malaysia (Para Sukma) Selangor pada 15 Ogos depan.

Majlis penutupan temasya dwitahunan itu pula dijadualkan berlangsung di Aneka Walk berdekatan Kompleks PKNS.

Iklan
Iklan

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika mengumumkan perkara itu berkata, majlis mini perasmian pembukaan Sukma itu akan berlangsung secara sederhana dan bukannya besar-besaran.

"Dataran Kemerdekaan Shah Alam dipilih sebagai venue selepas mengambil kira faktor kesesuaian saiz dan kapasitinya.

Iklan

"Sebelum ini sambutan hari kemerdekaan negara turut berlangsung di lokasi itu yang boleh menampung puluhan ribu orang," katanya selepas Majlis Pelancaran Aplikasi Dana Plus Hijrah Selangor di sini pada Selasa.

Menurut Amirudin, majlis itu hanya perasmian bagi meraikan kontinjen-kontinjen negeri yang hadir.

Iklan

"Pada tarikh itu nanti akan ada sedikit upacara perarakan sebagai tradisi temasya sukan berkenaan," tambah beliau.

Media sebelum ini melaporkan, status penganjuran Sukma akhirnya terjawab apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan ia diteruskan mengikut jadual asal pada Ogos.

Keputusan itu menyaksikan temasya sukan terbesar negara itu kekal berlangsung mulai 15 hingga 24 Ogos, namun menekankan aspek perbelanjaan secara berhemah dan langkah penjimatan.

Antara pilihan lokasi perasmian Sukma sebelum ini termasuk di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).