Messi akui kekalahan di final Piala Dunia sukar diterima
Iklan
Messi akui kekalahan Argentina 0-1 kepada Sepanyol pada final Piala Dunia meninggalkan kepedihan mendalam yang memerlukan masa untuk dipulihkan. Foto AFP
LIONEL Messi mengakui kekalahan Argentina 0-1 kepada Sepanyol pada final Piala Dunia meninggalkan kepedihan mendalam yang memerlukan masa untuk dipulihkan.
Gol Ferran Torres pada masa tambahan di New Jersey pada Ahad meleburkan impian Argentina untuk mempertahankan kejuaraan, selain menafikan peluang Messi melengkapkan kerjaya gemilangnya dengan gelaran Piala Dunia kedua, lapor Xinhua.
Iklan
Iklan
Pemain berusia 39 tahun itu dijangka tidak akan beraksi pada Piala Dunia 2030, meskipun masih belum mengumumkan sebarang rancangan untuk bersara.
"Perlawanan yang berjaya kami ubah dengan mencurahkan segala-galanya, detik yang akan kekal dalam ingatan kami selama-lamanya serta sokongan seluruh negara yang digabungkan dengan kerja keras dan usaha kumpulan ini, membawa kami kembali berada dalam kalangan pasukan terbaik dunia,” tulis Messi di media sosial.
Iklan
Messi menamatkan kejohanan dengan lapan gol dan empat bantuan jaringan, dengan sesetengah pihak berpendapat beliau kurang bernasib baik apabila tidak memenangi Bola Emas selaku pemain terbaik kejohanan.
Bekas bintang Barcelona dan Paris Saint-Germain itu turut memuji rakan sepasukannya serta meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian pasukan.
Iklan
"Memang sukar untuk benar-benar menghargai pencapaian kami ketika ini, tetapi kumpulan ini berjaya mara ke dua final Piala Dunia berturut-turut.
"Terima kasih atas setiap ucapan dan pesanan. Sekali lagi, kami berjaya menyatukan negara dan bersama-sama dalam berkongsi kebanggaan besar sebagai rakyat Argentina.
"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Sepanyol atas kejayaan menjuarai kejohanan ini,” kata Messi. - Bernama
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.