Terumbu karang hampir nazak bernyawa semula
Iklan
Sekumpulan penyelam daripada pelbagai agensi giat melakukan restorasi terumbu karang yang suatu ketika dahulu berada dalam keadaan kritikal.
KOTA KINABALU – Perjalanan kira-kira 45 minit menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Kota Kinabalu menyajikan pemandangan indah sebaik memasuki ruang udara Pulau Layang-Layang.
Pulau yang terletak di tengah Laut China Selatan dan termasuk dalam gugusan Kepulauan Spratly itu sering menjadi perhatian beberapa negara, namun hamparan laut kebiru-biruan di sekelilingnya kelihatan begitu tenang dari udara.