Andy Burnham dilantik Perdana Menteri baharu Britain

Iklan
Andy Burnham

LONDON - Ketua Parti Buruh Andy Burnham dilantik sebagai Perdana Menteri baharu Britain, menurut pengesahan Istana Buckingham pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi.

Burnham tiba di Istana Buckingham sejurus selepas Keir Starmer secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Iklan
Iklan

Dalam pertemuannya dengan Raja Charles III, Burnham diminta membentuk kerajaan baharu, sekali gus dilantik sebagai Perdana Menteri baharu negara itu.

Terdahulu pada Isnin, Starmer menyampaikan ucapan terakhirnya sebagai Perdana Menteri di luar 10 Downing Street dengan berkata:"Tugas saya telah selesai."

Iklan

Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada penggantinya, Burnham, serta mengucapkan terima kasih kepada kakitangan 10 Downing Street dan isterinya, Victoria, atas sokongan yang diberikan.

"Ahli Parlimen Sir Keir Starmer menghadap Raja pagi ini dan mengemukakan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri serta First Lord of the Treasury, yang diperkenankan oleh baginda," menurut kenyataan Istana Buckingham.

Iklan

Burnham dijangka tiba di 10 Downing Street untuk menyampaikan ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri pada lewat Isnin. - Bernama