Ribut petir, hujan lebat diramal landa tujuh negeri

Iklan
MetMalaysia memaklumkan antara negeri terlibat ialah Kedah melibatkan kawasan Sik dan Baling serta Perak membabitkan Hulu Perak dan Batang Padang. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga 9 malam ini.

Menerusi kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah melibatkan kawasan Sik dan Baling serta Perak membabitkan Hulu Perak dan Batang Padang.

Iklan
Iklan

Keadaan sama dijangka melanda Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang serta Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin).

Di Johor kawasan terjejas ialah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Iklan

Di Sarawak, cuaca buruk itu melibatkan Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri dan Limbang.

Kawasan terlibat di Sabah pula ialah Pedalaman (Sipitang dan Tambunan), Pantai Barat (Tuaran dan Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Pitas). - Bernama

Iklan