'Menggelupur sangat bila kita nak bersatu' - Akmal Saleh bidas AMK
Iklan
Akmal Saleh
SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh membidas kritikan Angkatan Muda Keadilan (AMK) berhubung usaha penyatuan parti-parti politik Melayu.
Beliau turut menyindir dakwaan bahawa usaha menyatukan parti-parti Melayu yang disifatkan sebagai 'cium tapak kaki'.
Iklan
Iklan
"Bila kita nak satukan parti politik Melayu, dia kata kita 'cium tapak kaki' pula. Kalau ikut logik AMK ini, kerjasama dia dengan DAP maknanya dia pun 'cium tapak kaki' DAP lah.
"Patutlah begitu jadinya. Kesian menggelupur sangat bila kita nak bersatu," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
Iklan
Sebelum ini, Setiausaha AMK Selangor, Ghafurullah Ismail mendakwa UMNO kini sanggup bergantung kepada parti lawan demi meraih kuasa, selain menyifatkan parti itu tidak lagi mampu berdiri atas kekuatan sendiri walaupun menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.
Menurutnya, UMNO dilihat lebih cenderung menjalin kerjasama dengan parti yang sebelum ini menjadi lawan politik mereka demi kepentingan pilihan raya.
Iklan
Beliau juga menyifatkan dakwaan Ketua Pemuda UMNO Kapar, Afifi Aris bahawa kerjasama BN-Pas mampu membantu UMNO merampas semula Parlimen Kapar dan kerusi DUN di bawahnya sebagai tidak berpijak di bumi nyata.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>