'Adik hilang selepas dakwa dengar bunyi pelik dalam rumah' - Abang Rosnani

Iklan
Abdullah Mahmood, berkata, adiknya, Rosnani mula menceritakan perkara itu kepadanya ketika mereka berhubung melalui telefon, sebulan lalu.

KOTA BHARU – Seorang wanita warga emas yang hilang sejak 11 hari lalu dikatakan pernah mengadu mengalami gangguan mistik sebelum hilang.

Abangnya, Abdullah Mahmood, 67, berkata, adiknya, Rosnani Mahmood, 62, mula menceritakan perkara itu kepadanya ketika mereka berhubung melalui telefon, sebulan lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Rosnani mendakwa sering terdengar bunyi pelik pada waktu malam sehingga menyebabkannya sukar tidur.

Abdullah (dua dari kanan) turut berada di sungai bagi menanti perkembangan khabar Rosnani.  FOTO SINAR HARIAN - ADILA SHARINNI WAHID

Iklan

“Dia cerita pintu dapur terbuka sendiri pada waktu malam, dengar bunyi seperti orang berjalan di dapur rumah selain seperti ada yang orang membuka peti sejuk.

“Dia kata dengar bunyi tu mula jam 1 pagi dan ada juga bunyi seperti pasir ditabur serta dibaling batu di atas bumbung menyebabkan dia tak boleh tidur malam,” katanya.

Iklan

Abdullah ditemui pemberita di lokasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh bomba serta polis di sungai Wakaf Stan di sini pada Isnin.

Abdullah berkata, gangguan yang didakwa dialami adiknya itu berlaku sejak 2012 bagaimanapun lebih kerap berlaku sebulan kebelakangan ini.

Katanya, bagaimanapun adiknya itu memberitahu gangguan tersebut sudah tidak lagi berlaku kira-kira dua hari sebelum Rosnani hilang.

“Dia ada beritahu saya gangguan itu dah tak ada, tetapi beberapa hari kemudian pula saya diberitahu dia hilang,” katanya.

Rosnani hilang sejak 11 hari lalu.

Menurut Abdullah, Rosnani yang merupakan anak kelima daripada enam beradik tinggal bersendirian di Kampung Wakaf Stan dan dikenali sebagai seorang yang ringan tulang serta gemar membantu orang lain walaupun menghidap diabetes serta masalah saraf pada kaki kanan.

“Kami masih berharap Rosnani ditemukan dalam keadaan selamat

“Kami juga serah kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung kehilangannya,” katanya.