Gapla: Mudahnya tubuh negara sendiri
Iklan
Gapla menjadi negara Gen-Z yang mahu bebas menentukan sistem pentadbiran sendiri tanpa terikat dengan norma politik negara sedia ada mahupun sejarah silamnya.
JIKA Syed Saddiq Syed Abd Rahman pernah menjadi Menteri termuda dalam sejarah Malaysia di usia 25 tahun, Wyatt Seungri Baek pula memegang jawatan Presiden negara ketika baru berusia 15 tahun. Barangkali beliau Presiden negara yang termuda dalam sejarah moden.
Lebih mengejutkan pelantikan Wyatt adalah keputusannya sendiri, dipersetujui tiga rakannya. Tapi, hal itu bukan menghairankan kerana negara bernama Gapla, di tebing barat Sungai Danube antara Croatia dan Serbia itu bermula atas usaha remaja dari Korea Selatan itu sendiri.