PH jual prestasi, BN-PN laung penyatuan Melayu-Islam
Iklan
PRN Negeri Sembilan dilihat sebagai antara pilihan raya paling sengit susulan perubahan jajaran politik. Gambar hiasan
PILIHAN Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dijangka menjadi antara pertembungan paling sengit dalam sejarah politik negeri itu susulan perubahan jajaran politik.
Ia susulan keputusan Barisan Nasional (BN) menjalinkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada PRN Negeri Sembilan selepas 'berpisah' dengan gabungan Pakatan Harapan (PH) di negeri berkenaan.