SHAH ALAM - Jaringan pembukaan Ferran Torres pada masa tambahan menggamatkan suasana program Riuh BOLA SINAR x redOne Mobile x RTM di Restoran Hakim, Seksyen 7, di sini pada Isnin.
Gol sulung Sepanyol dalam aksi final Piala Dunia FIFA 2026 menentang Argentina itu menyuntik semangat baharu kepada penyokong yang memenuhi ruang restoran ini.
Iklan
Iklan
Pengunjung dilihat bangun daripada tempat duduk sambil bersorak, bertepuk tangan dan mengibarkan mafla pasukan pilihan masing-masing.
Sorakan memuncak sebaik sahaja pemain berusia 26 tahun itu meledak jaringan sulung dalam saingan sengit itu.
Aksi itu menghangatkan lagi suasana dengan laungan serta jeritan kegembiraan penyokong di sini.