Ini baru tengok bola!

Iklan
Ribuan peminat bola sepak membanjiri Restoran Hakim di Seksyen 7 bagi mengikuti tayangan skrin gergasi sempena program Riuh Bola SINAR x RedONE x RTM, awal pagi Isnin.

MENGORBANKAN waktu tidur demi menyaksikan aksi final Piala Dunia 2026, itulah semangat yang ditunjukkan ribuan peminat bola sepak yang membanjiri Restoran Hakim di Seksyen 7 di sini, bagi mengikuti tayangan skrin gergasi sempena program Riuh Bola SINAR x RedONE x RTM, awal pagi Isnin.

Menjelang sepak mula pada jam 3 pagi ini, dapat disimpulkan bahawa orang ramai tetap memilih untuk berkumpul beramai-ramai berbanding menonton bersendirian di rumah bagi merasai pengalaman menyaksikan perlawanan terbesar dunia dalam suasana lebih meriah.

Iklan
Iklan

Menjelang sepak mula, hampir semua tempat duduk dipenuhi pengunjung yang hadir bersama keluarga dan rakan-rakan. Ada yang menikmati hidangan, berbual santai, bergambar serta mengunjungi reruai yang disediakan sementara menanti aksi bermula.

Penyokong hadir mengenakan jersi pasukan pilihan masing-masing turut menambahkan lagi bahang final Piala Dunia 2026.

Iklan

Kehadiran penyokong yang mengenakan jersi pasukan pilihan masing-masing turut menambahkan lagi bahang final, sekali gus menjadikan Restoran Hakim sebagai antara lokasi tumpuan peminat bola sepak untuk berkongsi debaran menantikan penentuan juara dunia.

Selain tayangan skrin gergasi, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai aktiviti sampingan termasuk permainan interaktif dan cabutan bertuah yang dianjurkan sepanjang program berlangsung.

Iklan

Program Riuh Bola SINAR x RedONE x RTM sekali lagi membuktikan bahawa bola sepak bukan sekadar sukan, malah menjadi medium yang menyatukan masyarakat tanpa mengira usia dalam suasana penuh kemeriahan.