Isu tuntutan bertindih, Malaysia akan pasang radar di Pulau Layang-Layang
Iklan
Mohamed Khaled
KUALA PILAH - Malaysia akan memasang sistem radar di Pulau Layang-Layang bagi memperkukuh keupayaan pemantauan di Laut China Selatan susulan pertikaian tuntutan bertindih melibatkan beberapa negara.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memastikan keselamatan wilayah negara sentiasa terpelihara.
Iklan
Iklan
"Dari segi ancaman keselamatan, seperti yang kita sedia maklum, kita telah mengukuhkan kedudukan kita di Pulau Layang-Layang.
"Kita juga akan memasang radar di kawasan itu supaya kita mempunyai keupayaan melakukan pemantauan yang lebih kukuh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran jentera Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol di sini pada Ahad. 
Iklan
Beliau berkata demikian mengulas tindakan Malaysia menghantar nota diplomatik berikutan dakwaan sebuah negara bahawa sebahagian kawasan dalam wilayah Malaysia adalah milik mereka.
Tanpa menyebut nama negara terbabit, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan dakwaan itu tidak berasas kerana penduduk wilayah berkenaan sudah membuat referendum yang diiktiraf masyarakat antarabangsa.
Iklan
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, Laut China Selatan sememangnya merupakan kawasan yang mempunyai tuntutan bertindih membabitkan beberapa negara termasuk China, Vietnam dan Filipina.
"Soal bantahan-bantahan itu perlu dilakukan untuk menunjukkan bahawa bantahan itu sentiasa kita hidupkan.
"Kita tidak boleh membiarkan apa-apa kenyataan atau dakwaan berlalu begitu sahaja tanpa menunjukkan pendirian tegas Malaysia," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="eFishery: Tiada tolak ansur jika wujud rasuah, penyelewengan dalam pelaburan KWAP - Anwar"><meta itemprop="description" content="eFishery: Tiada tolak ansur jika wujud rasuah, penyelewengan dalam pelaburan KWAP - Anwar 
 Kerajaan tidak akan bertolak ansur sekiranya siasatan mendapati wujud unsur rasuah atau penyelewengan dalam pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat pemula teknologi akuakultur, eFishery, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, walaupun laporan awal menunjukkan tidak wujud unsur sedemikian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meneliti keseluruhan proses pelaburan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788595/berita/nasional/efishery-kerajaan-tidak-bertolak-ansur-jika-wujud-unsur-penyelewengan-atau-rasuah-dalam-keputusan-pelaburan---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KWAP #eFishery"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T05:37:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/cj7pg1gNRGoEuzVpn/x1080"><meta itemprop="duration" content="P110S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqm3fu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqm3fu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqm3fu"></script>