'Kalau orang dah tak suka, buat apa nak tunggu?' - Khaled Nordin
Iklan
Mohamed Khaled ketika hadir Majlis Pengenalan Calon dan Pelancaran Jentera BN Johol pada Ahad.
KUALA PILAH - Soal pelantikan dan kedudukan seseorang menteri merupakan budi bicara Perdana Menteri, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menurutnya, tiada keperluan untuk menunggu sekiranya seseorang itu tidak lagi dikehendaki.
Iklan
Iklan
"Saya percaya, seperti yang saya katakan, soal pelantikan menteri semuanya budi bicara Perdana Menteri.
"Kalau orang dah tak suka, buat apa nak tunggu," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pengenalan Calon dan Pelancaran Jentera BN Johol di sini pada Ahad.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ipoh yang memberi amaran kepada mana-mana menteri, timbalan menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan supaya tidak menggunakan kedudukan mereka untuk menyerang rakan dalam kerajaan Persekutuan ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Mohamed Khaled (dua kanan) bersama barisan jentera BN di DUN Johol.
Iklan
Menurut Anwar, mana-mana pihak yang berbuat demikian akan diminta berundur daripada jawatan yang disandang.
Susulan kenyataan itu, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau tidak keberatan melepaskan jawatan Kabinet sekiranya diarahkan Perdana Menteri, selain menegaskan tiada pemimpin BN memburukkan Kerajaan Perpaduan sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan setakat ini.
ARTIKEL BERKAITAN: PRN Negeri Sembilan: BN tidak pernah burukkan mana-mana pihak ketika kempen - Mohamad Hasan
PRN Negeri Sembilan: Undur jika guna pentas Persekutuan serang lawan
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, kempen PRN seharusnya memberi tumpuan kepada isu negeri dan hala tuju pentadbiran negeri, bukannya dijadikan medan untuk menyerang atau memburukkan mana-mana pihak.
"Memang tidak sewajarnya ia menjadi platform untuk berlakunya serang-menyerang. Seperti yang ditekankan Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, kempen BN perlu dijalankan secara berhemah.
"Kita mahu rakyat membuat pertimbangan yang betul, baik dan tepat kerana keputusan mereka akan mempengaruhi masa depan kehidupan mereka.
"Jadi tidak perlulah menggunakan pendekatan yang boleh menyakitkan hati ataupun memburuk-burukkan antara satu sama lain. Soal pelantikan menteri adalah budi bicara Perdana Menteri," katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.