Iran dakwa serangan AS sasar loji kuasa nuklear dalam pembinaan

Iklan
Iran mendakwa serangan AS menyasarkan loji kuasa nuklear Darkhovin yang masih dalam pembinaan dan menyifatkannya sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa. Foto Anadolu Ajansi

ISTANBUL - Pertubuhan Tenaga Atom Iran pada Ahad memaklumkan bahawa serangan Amerika Syarikat (AS) menyasarkan loji kuasa nuklear Darkhovin yang masih dalam pembinaan di barat daya negara itu, lapor Anadolu Ajansi.

"Serangan ke atas kemudahan nuklear aman yang tertakluk kepada pengawasan antarabangsa adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa yang jelas," menurut pertubuhan itu menerusi hantaran di platform X.

Iklan
Iklan

Pertubuhan itu bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kemungkinan kerosakan akibat serangan berkenaan.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika ketegangan di rantau itu terus memuncak susulan serangan yang dilancarkan AS ke atas Iran, manakala Teheran bertindak balas dengan melancarkan serangan terhadap kemudahan dan pangkalan yang didakwanya digunakan oleh tentera AS di beberapa negara di rantau berkenaan.

Iklan

Washington dan Teheran terus berbalas serangan meskipun memorandum persefahaman (MoU) hasil pengantaraan Pakistan telah ditandatangani pada Jun lepas bagi menamatkan perang dan mencapai perjanjian damai yang berkekalan. - Bernama-Anadolu

 

Iklan