SHAH ALAM - Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata penyatuan pemimpin daripada pelbagai parti politik membuktikan kekuatan sebenar 'gelombang biru' dalam mengutamakan kepentingan rakyat.
Beliau berkata, kekuatan itu bukan sekadar terbentuk menerusi gabungan parti politik, sebaliknya lahir daripada penyatuan hati serta tekad bersama untuk mengembalikan politik matang yang mengutamakan rakyat.