Rezeki suri rumah bawa pulang tablet dalam Riuh BOLA SINAR

Iklan
Ahmad Rusdan

SHAH ALAM - Detik santai seorang suri rumah menikmati makan malam bersama keluarga bertukar kenangan manis apabila diumumkan memenangi sebuah Samsung Galaxy Tab A11 dalam program Riuh BOLA SINAR x redOne Mobile x RTM di Restoran Hakim, Seksyen 7, di sini pada Ahad.

Pemenang, Nor Hadila Mohamad Shari, 53, berkata, dia langsung tidak menyangka namanya dipilih memandangkan hadir ke program itu sekadar meluangkan masa bersama suami dan anak-anak.

Iklan
Iklan

"Memang gembira sangat, saya tinggal berdekatan restoran ini dan memang selalu datang ke sini.

"Hari ini datang bersama suami dan tak sangka pula dapat menang Samsung Galaxy Tab A11, Alhamdulillah, memang rezeki kami," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Ahmad Rusdan

Sementara itu, seorang lagi pemenang, Ahmad Rusdan Mohd Zahari, 35, berkata, dia masih terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang hadiah percutian di sebuah hotel di Cyberjaya.

Iklan

"Saya memang tak sangka boleh menang, terkejut apabila dengar nama dipanggil kerana datang sekadar memeriahkan program ini.

"Saya harap penganjuran seperti ini dapat diteruskan kerana ia menjadi pengisian yang baik kepada anak muda selain mengeratkan hubungan dalam komuniti," katanya.

Program Riuh BOLA SINAR x redOne Mobile x RTM dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah kepada pengunjung yang hadir.