PRN Negeri Sembilan: Undur jika guna pentas Persekutuan serang lawan - PM
Iklan
Anwar - Foto: Bernama
IPOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan tegas kepada mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan Pusat supaya tidak menggunakan isu Persekutuan dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Beliau berkata, sekiranya perkara itu berlaku, individu terlibat perlu bersedia untuk melepaskan jawatan masing-masing bagi menjaga disiplin dalam Kerajaan Perpaduan.
Iklan
Iklan
“Kalau dia pilih untuk buat begitu, dia harus undur daripada jawatan sebagai menteri, timbalan menteri atau pemegang mana-mana agensi.
"Tak kiralah sama ada di bawah Felda, Mara ataupun Risda sekalipun...jangan langgar. Kalau ada perlanggaran, saya minta mereka undur,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Program Madani Kita Bersama Komuniti Tambun di Dewan Komuniti Taman Perpaduan, Tambun di sini pada Ahad.
Iklan
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, peringatan itu telah disampaikan dalam perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof susulan kempen PRN yang sedang berlangsung.
Katanya, ketegasan itu penting bagi memastikan hubungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan kekal baik dan pentadbiran dapat berjalan lancar.
Iklan
"Kita tahu parti yang sama di peringkat Persekutuan, ada pertarungan di peringkat negeri. Tidak mengapa kerana dalam sistem demokrasi, itu dibolehkan. Masing-masing boleh buat tafsiran.
"Biarlah kita kawal, kalau ada pertarungan pun, biar di peringkat negeri," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini memaklumkan seramai 103 calon disahkan bertanding dalam PRN Negeri Sembilan ke-16 bagi merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
PH mendominasi saingan dengan menampilkan 36 calon termasuk Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun di DUN Linggi, diikuti BN sebanyak 25 calon.
Turut bertanding ialah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan 24 calon, Perikatan Nasional (PN) 11 calon serta beberapa parti lain dan calon Bebas.
DUN Negeri Sembilan dibubarkan pada 5 Jun lalu dengan hari pengundian ditetapkan pada 1 Ogos, manakala pengundian awal pada 28 Julai ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan memerlukan pertambahan subsidi sehingga antara RM50 bilion hingga RM60 bilion setahun jika mahu menurunkan lagi harga RON95 dan diesel menerusi program Budi Madani.
Beliau berkata, ketika ini kerajaan sudah menanggung subsidi bahan api sebanyak RM40 bilion setahun bagi memastikan harga RON95 dan Budi Diesel kekal antara yang terendah di dunia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788480/berita/nasional/turun-lagi-harga-minyak-subsidi-boleh-cecah-rm60-bilion---anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.