45 peserta pelbagai usia sertai pertandingan tadabbur al-Quran

Iklan
Penyertaan membabitkan kategori kanak-kanak, remaja dan dewasa itu membuktikan tadabbur al-Quran bukan lagi amalan kelompok tertentu, sebaliknya semakin menjadi budaya yang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

KOTA BHARU – Seramai 45 peserta daripada pelbagai peringkat umur menyertai tadabbur al-Quran antara Rumah Ngaji peringkat negeri Kelantan yang berlangsung di Pusat Tahfiz Beach Resort, Pantai Cahaya Bulan di sini pada Sabtu.

Penyertaan membabitkan kategori kanak-kanak, remaja dan dewasa itu membuktikan tadabbur al-Quran bukan lagi amalan kelompok tertentu, sebaliknya semakin menjadi budaya yang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

Iklan
Iklan

Pengarah program, Noraidah Moner berkata, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan mencerminkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan bukan sahaja membaca al-Quran, malah memahami serta mengamalkan isi kandungannya dalam kehidupan seharian.

Menurut beliau, pertandingan yang dianjurkan Biro Keahlian dan Penarafan Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan (PRNNK) itu selaras dengan visi dan misi Persatuan Rumah Ngaji melalui konsep Baca, Faham dan Amal.

Iklan

Seramai 45 peserta daripada pelbagai peringkat umur menyertai tadabbur al-Quran antara Rumah Ngaji peringkat negeri Kelantan yang berlangsung di Pusat Tahfiz Beach Resort, Pantai Cahaya Bulan di Kota Bharu pada Sabtu.

Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi PRNNK, Datuk Adnan Hashim.

Iklan

Noraidah memberitahu, peserta dinilai berdasarkan tahap kefahaman terhadap ayat al-Quran, keupayaan menghuraikan mesej yang disampaikan, ketepatan fakta serta gaya penyampaian.

Menurutnya, keseluruhan peserta mempamerkan persediaan yang memberangsangkan dengan penyampaian yang yakin serta penuh penghayatan.

Kata beliau, pemenang membawa pulang piala pusingan, wang tunai, senaskhah al-Quran dan sijil pencapaian sebagai penghargaan.

"Lebih penting, pertandingan ini berjaya mencapai objektif untuk memperkukuh budaya tadabbur al-Quran di samping mengeratkan ukhuwah antara Rumah Ngaji di seluruh Kelantan serta melahirkan lebih ramai pentadabbur al-Quran, khususnya dalam kalangan generasi muda," katanya.

Beliau berharap pertandingan itu dapat diteruskan sebagai acara tahunan dengan penyertaan yang lebih meluas agar lebih ramai masyarakat bukan sahaja mahir membaca al-Quran, malah mampu memahami, menghayati dan menyampaikan mesejnya kepada orang lain.