Mbappe pintas jumlah gol Messi
Iklan
Mbappe mendahului senarai penjaring terbanyak Piala Dunia buat sementara waktu dengan 22 gol. Foto: Agensi
KYLIAN Mbappe merampas kedudukan sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia selepas meledak dua gol ketika Perancis tewas 6-4 kepada England dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala Dunia 2026, awal pagi Ahad.
Dua jaringan penyerang Real Madrid itu menyaksikannya mengumpul 22 gol di Piala Dunia, sekali gus memintas Lionel Messi yang kini memiliki 21 gol untuk Anugerah Kasut Emas.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, kedudukan Mbappe di puncak masih belum muktamad kerana Messi berpeluang merampas semula rekod itu apabila mengetuai Argentina menentang Sepanyol pada aksi final awal pagi Isnin (3 pagi waktu Malaysia).
Pada masa sama, Mbappe turut mencipta satu lagi sejarah apabila muncul pemain pertama sejak legenda Jerman, Gerd Müller pada 1970 yang berjaya mencatat dua digit jaringan dalam satu edisi Piala Dunia.
Iklan
Iklan
Walaupun mencipta rekod peribadi membanggakan, Mbappe gagal membantu Perancis membawa pulang trofi Piala Dunia apabila Les Bleus menamatkan kempen di tangga keempat selepas tewas kepada England.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>