AS lancar serangan balas terhadap Iran

Iklan
AS melancarkan siri baharu serangan udara ke atas Iran pada Sabtu.

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) melancarkan siri baharu serangan udara ke atas Iran pada Sabtu, sebagai tindak balas terhadap serangan yang mengorbankan dua anggota tenteranya di Jordan, manakala seorang lagi masih dilaporkan hilang.

Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) menerusi hantaran di platform X memaklumkan, operasi itu bermula pada jam 6 petang waktu tempatan, atas arahan Presiden AS, Donald Trump selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.

Iklan
Iklan

Menurut CENTCOM, serangan itu bertujuan melemahkan keupayaan Iran mengancam laluan perkapalan komersial di Selat Hormuz serta membalas tindakan Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) yang didakwa melancarkan serangan ke atas anggota tentera AS di Jordan pada malam sebelumnya.

“Pada jam 6 petang waktu Timur hari ini (Ahad), tentera AS memulakan siri baharu serangan udara ke atas Iran atas arahan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. 

Iklan

"Serangan ini bertujuan terus melemahkan keupayaan Iran mengancam perkapalan komersial di Selat Hormuz serta menghukum dengan pantas Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC) yang melancarkan serangan ke atas anggota tentera Amerika di Jordan malam tadi,” menurut kenyataan itu.

Serangan terbaharu itu berlaku ketika ketegangan antara Washington dan Teheran terus memuncak selepas gencatan senjata sementara yang dimeterai kira-kira sebulan lalu gagal dipertahankan.

Iklan

Sebelum ini, tentera AS mengesahkan dua anggotanya terbunuh manakala seorang lagi hilang selepas diserang di Jordan. Insiden itu menjadikan jumlah anggota tentera AS yang terkorban sejak konflik semasa bermula meningkat kepada 16 orang. - Awani