Wanita maut dihempap pokok tumbang

Iklan
Seorang wanita warga tempatan maut selepas dihempap pokok kelapa sawit tumbang.

KLUANG - Seorang wanita warga tempatan maut selepas dihempap pokok kelapa sawit yang tumbang di Ladang Kekayaan, Paloh, di sini, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, PBK II Yusma Yuzaini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.01 petang.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sejurus menerima panggilan berkenaan, lapan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah unit Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi.

Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.01 petang.

Iklan

"Operasi menyelamat dijalankan menggunakan jentera jengkaut dan peralatan khas bagi mengangkat pokok yang menghempap mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusma berkata mangsa, Syafiyah Abdul Rashid, 37, berjaya dikeluarkan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Iklan

Mangsa, Syafiyah Abdul Rashid, 37, berjaya dikeluarkan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada ketika menjalankan aktiviti di kawasan ladang atau hutan, khususnya selepas hujan lebat yang boleh meningkatkan risiko kejadian pokok tumbang. - Bernama