PN ada asas singkirkan Bersatu - Ronald Kiandee

Iklan
Ronald Kiandee

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) mempunyai asas yang kukuh untuk mengambil tindakan termasuk mengeluarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) daripada gabungan politik berkenaan.

Bekas Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, perkara itu berdasarkan tindakan parti berkenaan meletakkan calon di lapan kerusi yang turut ditandingi calon PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Iklan
Iklan

"Tindakan Bersatu untuk meletak calon bagi menentang calon-calon PN di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) jelas menunjukkan pendirian parti itu tidak lagi mahu bersama PN.

"Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (MTPN) mempunyai asas yang kukuh untuk mengeluarkan Bersatu daripada gabungan parti PN," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Iklan

Terdahulu, Bersatu mengumumkan bertanding di 24 daripada keseluruhan 35 kerusi DUN, termasuk melanggar di lapan kawasan yang turut ditandingi PN.

Empat kerusi menyaksikan pertembungan antara calon Bersatu dan Pas iaitu di Serting, Ampangan, Paroi dan Bagan Pinang, manakala empat lagi kerusi bertembung dengan calon Parti Wawasan Negara di Klawang, Sikamat, Mambau dan Gemas.

Iklan