Tiada salah BN bersefahaman dengan PN

Iklan
'Blue Wave' atau Gelombang Biru yang dibawa oleh BN diharapkan mendapat kepercayaan rakyat Negeri Sembilan. Gambar kecil: Mohd Razlan

DALAM landskap politik yang menuntut kestabilan dan kebijaksanaan pentadbiran, tidak ada salahnya jika Barisan Nasional (BN) menjalin persefahaman dengan Perikatan Nasional (PN) demi kepentingan rakyat dan negeri.

Rakyat telah menyaksikan pelbagai bentuk kerjasama politik yang dibentuk berdasarkan keperluan serta keadaan semasa. Di Sabah, Warisan mempunyai wakil sebagai timbalan menteri di peringkat persekutuan, namun bertindak sebagai pembangkang dan bersaing dengan Pakatan Harapan (PH) di peringkat negeri.

Iklan
Iklan

Begitu juga di Sarawak. PH menjadi pembangkang di peringkat negeri, sedangkan wakil kerajaan Sarawak memegang jawatan timbalan perdana menteri dalam kerajaan persekutuan.

Namun, kita tidak pula terdengar Warisan dituduh sebagai pengkhianat kepada Kerajaan Persekutuan apabila bertembung dengan PH di Sabah. Begitu juga apabila GPS bertembung dengan PH di Sarawak kelak, tuduhan seumpama itu sudah tentu tidak akan dibangkitkan.

Iklan

Hakikatnya, demografi dan realiti politik berbeza antara sebuah negeri dengan negeri yang lain. Oleh itu, pendekatan politik tidak boleh dinilai secara pukul rata atau mengikut tafsiran yang hanya menguntungkan pihak tertentu.

Justeru, kestabilan yang diperlukan di Negeri Sembilan menuntut suatu persefahaman politik yang mampu menamatkan polemik berpanjangan serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran negeri.

Iklan

Apabila menteri besar daripada PH didakwa gagal berlaku telus dalam pentadbiran sehingga mencetuskan kemelut yang melibatkan Institusi Diraja Negeri Sembilan, tindakan untuk membetulkan keadaan amat diperlukan. Isu sebesar ini tidak boleh terus dibiarkan tanpa jawapan dan penyelesaian yang jelas.

PH kini cuba tampil sebagai 'budak baik' dengan menggambarkan tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar sebagai perbuatan 'tebuk atap'.

Hakikatnya, tuduhan itu sekadar usaha mengalihkan perhatian daripada persoalan pokok; bagaimanakah kemelut melibatkan Istana boleh tercetus dan mengapa PH gagal menyelesaikannya?

Dalam tempoh 14 hari ini, segala-galanya akan terjawab. 'Blue Wave' atau Gelombang Biru yang dibawa oleh BN diharapkan mendapat kepercayaan rakyat Negeri Sembilan.

Usaha ini bukan sekadar untuk memenangkan parti atau satu kaum sahaja. Ini merupakan usaha untuk memenangkan seluruh rakyat Negeri Sembilan; baik Melayu, Cina, India dan semua kaum yang hidup bersama di bawah naungan Seri Menanti.

BN mempunyai rekod dan pengalaman mentadbir yang panjang. Terbukti, tiada kaum yang dipinggirkan, kestabilan negara dipelihara dan keperluan setiap lapisan rakyat senantiasa diberikan perhatian.

Kerajaan BN memahami denyut nadi rakyat serta keperluan menyediakan prasarana, peluang ekonomi dan kehidupan yang lebih baik.

Tiada salahnya menjadi parti yang mengambil keputusan berdasarkan kebijaksanaan politik dan kepentingan rakyat. Yang sebenarnya tidak selesa ialah mereka yang mula menyedari bahawa kuasa yang ada semakin hampir terlucut daripada genggaman.

*Penulis ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia dan Ketua UMNO Bahagian Seputeh