Seminggu hilang, Rosnani masih belum ditemukan
Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung wanita warga emas hilang, motosikal ditemukan di kedai makan terbiar
KOTA BHARU – Seminggu berlalu, wanita warga emas yang hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Wakaf Stan di sini masih belum ditemukan.
Anak saudaranya, Wan Mohd Hirmanuzi Wan Ibrahim, 48, berkata, keluarga masih meneruskan usaha mencari Rosnani Mahmood, 62, termasuk mendapatkan bantuan polis, membuat hebahan menerusi media sosial serta meneliti setiap maklumat yang diterima daripada orang ramai.
Iklan
Iklan
Menurutnya, selepas hebahan dibuat, ramai pihak menghubungi keluarga bagi berkongsi maklumat serta membantu mengesan ibu saudaranya itu, namun sehingga kini masih belum ada petunjuk baharu mengenai keberadaan wanita itu.
“Polis ada berhubung dengan kami dan selepas media membantu menyebarkan berita kehilangan, ramai yang menghubungi untuk bertanya serta mengesahkan maklumat kerana mahu membantu.
Iklan
“Namun, sehingga kini ibu saudara saya masih belum ditemui,” katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, akhbar ini melaporkan Rosnani hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya pada 10 Julai lalu.
Iklan
Motosikal jenis Kriss miliknya ditemukan berhampiran sebuah kedai makan lama yang sudah tidak beroperasi di tepi sungai dekat Jambatan Wakaf Stan, kira-kira dua kilometer dari rumahnya.
Wan Mohd Hirmanuzi berkata, keluarga turut menerima maklumat mengenai penemuan seorang wanita warga emas tanpa kad pengenalan di Guchil Bayam dua hari lalu, namun pemeriksaan mendapati individu berkenaan bukan Rosnani.
“Kami sudah pergi melihat wanita yang ditemui itu, tetapi bukan ibu saudara saya,” katanya.
Menurutnya, keluarga kini meneruskan ikhtiar dengan mengadakan bacaan Yasin dan solat hajat sejak Rosnani dilaporkan hilang.
“Kami juga akan buat solat hajat selepas Zuhor esok di lokasi motosikal ibu saudara ditemui di kedai makan lama itu dengan kerjasama penghulu dan berharap dia ditemui,” katanya.
Katanya, keluarga hanya berharap Rosnani ditemukan dalam keadaan selamat.
“Kami harap dia balik dengan selamat atau kalau berlaku perkara yang tidak diingini sekalipun, kami harap ada jasad dan kuburnya,” katanya.
Wan Mohd Hirmanuzi berkata, setakat ini tiada sebarang bukti atau petunjuk lain ditemui berkaitan kehilangan ibu saudaranya itu.
Menurutnya, Rosnani yang tidak berkahwin tinggal bersendirian di rumah di Kampung Wakaf Stan dan menghidap diabetes serta masalah saraf.
Tambahnya, 1 Ogos ini merupakan tarikh ulang tahun kelahiran Rosnani dan keluarga berharap menerima khabar baik mengenai keselamatannya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Rosnani diminta menghubungi balai polis berhampiran atau balai Kubang Kerian.
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.