Dunlop perluas rangkaian pengedar lebih 30 peratus sejak Mei

Iklan
Strategi pertumbuhan syarikat bukan sekadar memperluaskan rangkaian peruncit, sebaliknya memastikan produk Dunlop mudah diperoleh di mana sahaja pelanggan memilih untuk membeli dan mendapatkan perkhidmatan tayar.

DUNLOP mengembangkan rangkaian pengedarnya di seluruh negara lebih 30 peratus, daripada kira-kira 150 kepada lebih 200 premis sejak Mei lalu sebagai sebahagian strategi pertumbuhan jangka panjang syarikat di Malaysia.

Peluasan itu mencerminkan peningkatan keyakinan dalam kalangan pengedar serta rakan perkhidmatan automotif terhadap jenama berkenaan.

Iklan
Iklan

Langkah ini sekali gus mengukuhkan capaian Dunlop kepada pengguna di seluruh negara ketika permintaan terhadap tayar gantian terus berkembang merentasi segmen kereta penumpang, kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan elektrik (EV).

Pengarah Urusan Toyotsu Binter Malaysia Sdn Bhd, Marcus Lim berkata, Malaysia merupakan pasaran penting bagi Dunlop dan syarikat melihat potensi besar untuk terus berkembang dalam jangka panjang.

Iklan

"Pengguna kini mencari produk yang menawarkan kualiti, keselamatan dan prestasi, namun pada masa sama mengharapkan nilai yang setimpal.

"Di sinilah kami melihat peluang untuk Dunlop, aspirasi kami adalah untuk meletakkan Dunlop sebagai jenama premium yang sedang meningkat dengan menjadikan prestasi premium lebih mudah diakses oleh lebih ramai pengguna di Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Pengarah Toyotsu Binter Automotive Parts Pte. Ltd., Yuji Kimura (dari,kiri), Pengarah Urusan Toyotsu Binter Malaysia Sdn. Bhd., Marcus Lim; dan Pengarah Urusan Sumitomo Rubber Asia (Tyre) Pte. Ltd., Takehiko Asai.

Katanya, strategi pertumbuhan syarikat bukan sekadar memperluaskan rangkaian peruncit, sebaliknya memastikan produk Dunlop mudah diperoleh di mana sahaja pelanggan memilih untuk membeli dan mendapatkan perkhidmatan tayar.

"Kami mahu Dunlop tersedia sama ada melalui pengedar tayar, pusat servis automotif atau saluran peruncitan masa hadapan yang menawarkan lebih kemudahan dan akses.

"Teras strategi kami ialah membina kerjasama kukuh dan berkekalan dalam ekosistem pasaran selepas jualan automotif Malaysia," katanya.

Menurutnya, bagi menyokong strategi itu, Dunlop terus memperluaskan portfolio produknya merangkumi Blue Response TG untuk kegunaan harian, SP Sport Maxx 060+ bagi pemandu yang mengutamakan prestasi dan pengendalian serta Grandtrek R/T01 untuk SUV dan trak pikap.

"Syarikat juga sedang membuat persediaan memperkenalkan e.Sport Maxx yang dibangunkan khusus bagi memenuhi keperluan prestasi unik kenderaan elektrik.

"Selain pasaran tayar gantian, Dunlop terus komited menyokong pengeluar peralatan asal (OEM) menerusi pembekalan tayar bagi model terpilih daripada jenama automotif termasuk Toyota, Lexus, Isuzu, Mazda dan Leapmotor," katanya.

Jelasnya, kerjasama itu mencerminkan keyakinan pengeluar kenderaan terhadap keupayaan kejuruteraan, kualiti dan kebolehpercayaan Dunlop, selain disokong komitmen Toyotsu Binter Malaysia dan Sumitomo Rubber Industries dalam memastikan standard tinggi dari segi kualiti produk, kebolehpercayaan rantaian bekalan serta sokongan pelanggan.

Dunlop yang menjadi pengeluar tayar pertama menubuhkan kemudahan pengeluaran tempatan di Malaysia pada 1963 kini diuruskan oleh Toyotsu Binter Malaysia Sdn Bhd dengan sokongan kepakaran kejuruteraan Sumitomo Rubber Industries.

Sementara itu, Pengarah Urusan Sumitomo Rubber Asia (Tyre) Pte. Ltd., Takehiko Asai berkata, masa depan Dunlop terus dipacu oleh inovasi yang menjadi asas kepada jenama itu selama lebih 130 tahun.

"Inovasi sentiasa menjadi nadi kepada Dunlop, sepanjang sejarah kami, kami terus berkembang seiring kemajuan mobiliti dengan membangunkan teknologi yang meningkatkan keselamatan, prestasi dan keyakinan pemanduan.

"Kami kini turut melabur dalam teknologi generasi baharu yang meningkatkan kecekapan tenaga, memperbaik cengkaman di jalan basah, mengurangkan rintangan gelungan serta bunyi kabin, di samping meneroka teknologi tayar pintar yang akan menyokong masa depan mobiliti berhubung dan berelektrik.

"Inovasi ini mencerminkan komitmen kami untuk menawarkan produk yang memenuhi keperluan pemandu yang sentiasa berubah tanpa menjejaskan kualiti dan kebolehpercayaan yang menjadi identiti jenama Dunlop," katanya.

Malaysia dikenal pasti sebagai antara pasaran utama pertumbuhan Dunlop, dengan syarikat akan terus melabur dalam rangkaian pengedar, memperkenalkan produk yang dibangunkan mengikut keadaan pemanduan tempatan serta memperkukuh kerjasama dalam ekosistem pasaran selepas jualan automotif bagi mengukuhkan kedudukan jenama dan menyokong pertumbuhan jangka panjang di negara ini.