Batal lesen, permit Network School jika langgar undang-undang - Tunku Mahkota Ismail

Iklan
Tunku Mahkota Ismail bertitah, sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang, syarat lesen atau peraturan, tindakan tegas akan diambil termasuk membatalkan lesen atau permit operasi syarikat berkenaan di Johor.

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah tindakan tegas termasuk pembatalan lesen atau permit operasi akan diambil terhadap Network School di Forest City sekiranya didapati melanggar undang-undang, syarat pelesenan atau peraturan yang berkuat kuasa.

Titah baginda, sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang, syarat lesen atau peraturan, tindakan tegas akan diambil termasuk membatalkan lesen atau permit operasi syarikat berkenaan di Johor.

Iklan
Iklan

"Berhubung isu melibatkan Network School di Forest City baru-baru ini, sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, syarat lesen atau peraturan, tindakan tegas akan diambil termasuk membatalkan lesen atau permit operasi syarikat berkenaan di Johor," titah baginda dalam satu kenyataan.

Iklan

Isu Network School di Forest City menjadi perhatian selepas timbul dakwaan dalam media sosial bahawa program berkenaan disertai warga asing, termasuk individu yang didakwa memiliki kewarganegaraan Israel dan memasuki Malaysia menggunakan pasport negara kedua.

Susulan itu, kerajaan Johor menggesa siasatan menyeluruh dijalankan terhadap identiti dan kewarganegaraan individu terbabit, dokumen perjalanan, penggunaan pasport kedua, jenis pas serta tujuan kemasukan ke Malaysia.

Iklan