Adakah undi Cina kembali kepada MCA?
Iklan
MCA mungkin catat peningkatan undi, terutama jika pengundi Melayu terus kembali kepada BN dan pengundi Cina terus menjauhi DAP.
KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor minggu lalu menghidupkan semula satu persoalan lama, adakah pengundi Cina sudah kembali kepada MCA?
Barisan Nasional (BN) memenangi 48 daripada 56 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) hanya memperoleh lapan. MCA pula menang lapan kerusi, mengatasi DAP yang tinggal enam. Tiga kerusi yang sebelum ini dipegang DAP; Tangkak, Jementah dan Johor Jaya kembali kepada MCA.