Tanah runtuh bawa dahan pokok dan batu, laluan Jalan Tapah-Cameron Highlands terhalang seketika

Iklan
Anggota bomba yang tiba di lokasi mendapati runtuhan tanah turut membawa dahan pokok serta batu sehingga menutup separuh laluan. Foto: JBPM Perak

IPOH – Sebahagian laluan di Kilometer 25, Jalan Tapah-Cameron Highlands iaitu kira-kira tujuh kilometer ke Ringlet terhalang susulan kejadian tanah runtuh pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.12 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 42 kilometer dari balai.

“Anggota yang tiba di lokasi mendapati runtuhan tanah turut membawa dahan pokok serta batu sehingga menutup separuh laluan.

Iklan

"Bagaimanapun tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, penilaian awal dilakukan di lokasi sebelum kerja-kerja pembersihan dijalankan menggunakan gergaji berantai untuk memotong dan mengalihkan pokok yang menghalang laluan.

Iklan

“Operasi turut dibantu pihak konsesi jalan raya, Belati Wangsa yang menggunakan jentera jengkaut untuk menolak tanah dan batu dari kawasan runtuhan,” katanya.

Sabarodzi berkata, operasi disertai tujuah anggota bomba dibantu tiga anggota polis dan lima petugas daripada pihak Belati Wangsa ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.10 petang.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati tiada lagi risiko bahaya di lokasi dan laluan telah dibuka semula bagi kenderaan.

"Walaupun lokasi kejadian berada di luar had kawasan JBPM Perak, pihak BBP Tapah tetap digerakkan berdasarkan maklumat awal bagi memastikan tindakan segera dapat diambil demi keselamatan pengguna jalan raya," katanya.