Dua beranak maut kereta bertembung lori

Iklan
Nahas mengakibatkan dua beranak maut di Jalan Temenggung Ahmad, Muar.

MUAR - Dua beranak maut selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Temenggung Ahmad, Parit Unas, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Abd Aziz berkata, nahas tersebut berlaku pada kira-kira jam 10.30 pagi.

Iklan
Iklan

"Perodua Myvi berkenaan dipandu seorang wanita tempatan berusia 58 tahun dan ibunya berusia berusia 83 tahun yang duduk di kerusi penumpang hadapan manakala lori berkenaan dipandu seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun.

"Siasatan awal mendapati Perodua Myvi yang dipandu mangsa dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan dan kemudian memasuki laluan lori terbabit yang sedang bergerak dari arah bandar Muar menghala ke Parit Jawa," katanya dalam kenyataan.

Iklan

Beliau berkata, pemandu Perodua Myvi berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah manakala ibunya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

"Pemandu lori berkenaan pula mengalami kecederaan pada bahagian tangan serta kaki dan kini sedang dirawat di hospital sama.

Iklan

"Kes tersebut disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.

Beliau turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Polis menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, memandu secara berhemah dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan," katanya lagi.