KUALA LUMPUR – Laporan khas 'Nasib budak flat' oleh Sinar Harian dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Kajai iaitu kategori utama Hadiah Kewartawanan Malaysia-MPI Petronas 2025 pada Jumaat.
Laporan tersebut disediakan Nurul Hidayah Hamid, sekali gus membolehkan wartawan meja nasional itu membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang RM30,000, sijil beserta trofi.