Senarai penuh calon Bersatu di PRN Negeri Sembilan

Iklan
Sebanyak 24 kerusi akan ditandingi Bersatu pada PRN Negeri Sembilan kali ini. Foto Bernama

SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat mengumumkan senarai calon parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16, dengan proses penamaan calon dijadual berlangsung Sabtu.

Sebanyak 24 kerusi akan ditandingi Bersatu pada PRN Negeri Sembilan kali ini, membabitkan DUN Labu, Sikamat, Jeram Padang, Serting, Juasseh, Paroi, Ampangan, Klawang, Pertang, Sungai Lui, Palong, Lenggeng, Nilai, Temiang, Seri Menanti, Senaling, Rahang, Mambau, Seremban Jaya, Kota, Bagan Pinang, Linggi, Sri Tanjung dan Gemas.

Iklan
Iklan

Berikut ialah nama calon dan kawasan DUN mengikut susunan seperti dalam poster:

1. N.20 Labu – Mohamad Hanifah Abu Baker

Iklan

2. N.13 Sikamat – Datuk Tun Faisal Ismail Aziz

3. N.07 Jeram Padang – Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Iklan

4. N.05 Serting – Muhammad Noraffendy Mohd Salleh

5. N.15 Juasseh – Mohd Zuhaimi Md Yusof

6. N.25 Paroi – Mohd Nazree Mohd Yunus

7. N.14 Ampangan – Noor'Azah Harun

8. N.04 Klawang – Muhammad Adib Musa

9. N.02 Pertang – Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus

10. N.03 Sungai Lui – Mazrulhisham Abd Mansor

11. N.06 Palong – Rebin Birham

12. N.09 Lenggeng – Zool Amali Hussin

13. N.10 Nilai – Datuk V. Saravan Kumar A/L Veerasamy

14. N.12 Temiang – Fazly Hamid

15. N.16 Seri Menanti – Datuk Sri Megat D. Shahriman Datuk Zaharudin

16. N.17 Senaling – Mohd Izaffi Istear Khan

17. N.22 Rahang – Tang Jay Son

18. N.23 Mambau – Sarawanan Nagayah

19. N.24 Seremban Jaya – Mahendran Ramasamy

20. N.28 Kota – Akmal Noradzmi Abd Rahim

21. N.31 Bagan Pinang – Sheikh Junaidy Jamaludin

22. N.32 Linggi – Datuk Zamri Md Said

23. N.33 Sri Tanjung – Leevineshwaraan A/L Murugan

24. N.34 Gemas – Zolazrai Capt. Zolkapli