PRN Negeri Sembilan: Tun Faisal antara 24 calon Bersatu

Iklan
Muhyiddin (kanan) pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon Bersatu bagi PRN Negeri Sembilan di Nilai pada Jumaat.

SEREMBAN - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz antara 24 calon dipertaruhkan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini.

Beliau diumumkan sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat dan merupakan penampilan pertamanya di Negeri Sembilan.

Iklan
Iklan

Pengumuman kesemua calon dibuat oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon Bersatu di Nilai pada Jumaat.

Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Hanifah Abu Bakar terus diberi kepercayaan mempertahankan DUN Labu.

Iklan

Selain itu, Ketua Sayap Bersekutu Bersatu, R Sri Sanjeevan dan bekas Ketua Pemuda UMNO Seremban, Zool Amali Hussein masing-masing turut diberi kepercayaan bertanding buat pertama kali masing-masing di DUN Jeram Padang dan Lenggeng.