MAGGI, KPM anjur MSSCC 2026 di seluruh negara mulai tahun ini
Iklan
Ithnin Mahadi (tiga dari kiri) bersama Juan Aranols (dua dari kanan) pada majlis pelancaran MSSCC 2026 di Putrajaya pada Rabu.
SHAH ALAM - Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI (MSSCC) akan dianjurkan secara bersama antara MAGGI dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), mulai tahun ini.
Pertandingan MSSCC yang diperkenalkan pada tahun 1997, kembali untuk edisi ke-29 dan kini berkembang sebagai sebuah platform pembangunan generasi muda yang disokong di peringkat nasional.
Iklan
Iklan
Menerusi MSSCC, MAGGI telah melatih lebih 350,000 bakat muda Malaysia dari seluruh negara dan menyediakan platform untuk mereka membangunkan kemahiran hidup praktikal melalui aktiviti memasak.
Program ini terus mendapat sambutan apabila jumlah penyertaan meningkat lebih dua kali ganda daripada 2,088 murid pada tahun 2025 kepada 4,606 murid pada tahun 2026, iaitu peningkatan sebanyak 120 peratus yang mencerminkan relevansinya yang semakin berkembang dalam kalangan sekolah di Malaysia.
Iklan
Terbuka kepada semua murid sekolah menengah di Malaysia, pertandingan edisi 2026 memperkenalkan dua kategori berasingan, iaitu Menengah Rendah dan Menengah Atas, bagi membolehkan murid bersaing bersama rakan sebaya dalam kumpulan umur masing-masing.
Ithnin Mahadi (dua dari kanan) meninjau peserta menyediakan hidangan pada MSSCC 2026.
Iklan
Pertandingan peringkat negeri akan berlangsung di kesemua 16 negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan, sebelum pasukan terbaik daripada setiap kategori mara ke pertandingan akhir kebangsaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols berkata, selama hampir tiga dekad, MAGGI berbangga dapat mendidik dan melengkapkan generasi muda Malaysia dengan pengetahuan dan kemahiran yang membantu mereka membina keyakinan diri serta kemahiran hidup bernilai melalui aktiviti memasak.
Beliau memberitahu, di sebalik penyediaan hidangan, murid turut membangunkan kemahiran praktikal, daripada kerja berpasukan dan disiplin hinggalah kreativiti serta kebolehan menyelesaikan masalah.
Sementara itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI Malaysia dan Singapura, Ivy Tan Link Cheh berkata, memasak merupakan satu kemahiran hidup praktikal yang mengajar perancangan, kreativiti, tanggungjawab dan keprihatinan terhadap orang lain.
"Nilai-nilai inilah yang telah membentuk MSSCC sejak ia diperkenalkan dan terus menjadi panduan kepada perkembangan program ini hingga ke hari ini.
"Bertemakan 'Penerus Legasi Citarasa Moden', pertandingan peringkat negeri tahun ini meraikan murid sebagai generasi pelapis dalam dunia masakan Malaysia yang akan meneruskan kekayaan warisan kulinari negara, sambil mentafsirnya semula agar selari dengan gaya hidup moden," ulasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pesalah kemalangan jalan raya bakal tanggung pampasan kepada mangsa, waris"><meta itemprop="description" content="Pesalah kemalangan jalan raya bakal dipertanggungjawabkan membayar pampasan kepada mangsa atau waris sebagai tambahan kepada hukuman penjara, denda dan hilang kelayakan memandu menerusi pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang sedang digubal kerajaan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu menyusul selepas Jemaah Menteri pada Rabu lalu memberikan persetujuan secara dasar terhadap cadangan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk mewujudkan mekanisme pampasan kepada mangsa kemalangan jalan raya serta memperkukuh sistem pemberian mata demerit Keselamatan Jalan Raya (KEJARA).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788184/berita/nasional/pesalah-kemalangan-jalan-raya-bakal-tanggung-pampasan-kepada-mangsa-waris
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kemalangan #JalanRaya #Pampasan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-17T07:18:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P263S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xapw2t6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xapw2t6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xapw2t6"></script>