Operasi Bersepadu Banteras Pengemis gempur KL

Iklan
Operasi Bersepadu Banteras Pengemis dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur pada Khamis. Foto: DBKL

KUALA LUMPUR - Operasi Bersepadu Banteras Pengemis digerakkan di sekitar ibu negara dengan penahanan 25 individu termasuk 12 warga asing pada Khamis.

Operasi di sekitar Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Alor dan Leboh Pudu dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Iklan
Iklan

DBKL dalam kenyataan memaklumkan, operasi bermula jam 8 malam itu telah mengambil tindakan ke atas 25 individu.

DBKL akan terus membanteras aktiviti mengemis serta memastikan ketenteraman, keselamatan dan kesejahteraan warga kota sentiasa terpelihara.

Iklan

"Semakan mendapati mereka terdiri daripada 13 warga tempatan dan 12 warga asing.

"Daripada jumlah tersebut, lima individu telah diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut, dua diserah kepada JIM dan tiga kepada JKM," katanya pada Jumaat.

Iklan

Tambahnya, DBKL akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi berkaitan dalam usaha membanteras aktiviti mengemis serta memastikan ketenteraman, keselamatan dan kesejahteraan warga kota sentiasa terpelihara.

Jelasnya, sebarang aduan atau maklum balas boleh disalurkan dipautan https://adukl.dbkl.gov.my/.