Bella dan suami sanitasi surau, masjid secara percuma

Iklan
Kiriman Bella Dally di Instagram miliknya.

PELAKON Bella Dally bersama suaminya secara sukarela berbakti kepada masyarakat dengan menjalankan projek sanitasi secara percuma di kawasan surau dan masjid sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Kiriman melalui Instagram Bella turut memaparkan foto kerja-kerja sanitasi sedang dijalankan.

Iklan
Iklan

Bella berkata, dia amat berbesar hati sekiranya sesiapa sahaja ingin membantu mereka menjadi sukarelawan untuk aktiviti kebajikan ini.

"Sesiapa yang nak jadi sukarelawan pun dialu-alukan. Hanya perlu DM saya maklumat anda,” tulisnya.

Iklan

Jelas Bella, kesemua kos termasuk alatan dan bahan-bahan pembersihan akan ditanggung olehnya dan suaminya.

"Kalau korang (anda) tahu mana-mana AJK masjid atau surau, tolong sampaikan mesej ini kepada mereka dan minta mereka DM kepada saya nombor telefon mereka.

Iklan

"Suami saya akan hubungi mereka secara peribadi,” jelasnya.