Ke mana Bersama selepas Johor?
Iklan
Mungkin tiba masanya Bersama menegakkan panjinya untuk melawan sistem pilihan raya.
MUSUH paling besar kepada parti baru seperti Parti Bersama Malaysia (Bersama) ialah sistem pilihan raya. Ini sudah lama diketahui oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang lawan tak takut kalah dan juga Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang sedang diuji kelestariannya.
Kesemua parti ini tidak kekurangan pemimpin beridealisme atau penyokong yang dahagakan kepimpinan politik berkeberanian moral.