Bersatu jadi talian hayat PH?
Iklan
Penganalisis politik tidak menolak kemungkinan Bersatu menjadi 'talian hayat' kepada PH, namun ia bergantung kepada kemampuan parti itu menarik undi Melayu. Gambar kecil: Awang Azman dan Syaza Farhana
CORAK pertandingan yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berpotensi berulang di Negeri Sembilan apabila Bersatu memilih bertanding secara bersendirian, manakala Perikatan Nasional (PN) bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN).
Senario itu membuka kemungkinan berlakunya pertandingan tiga atau empat penjuru di beberapa kerusi, sekali gus mengubah percaturan yang sebelum ini lebih tertumpu kepada saingan antara Pakatan Harapan (PH) dan gabungan BN-PN (Pas).