BN-PN uji formula baharu
Iklan
Mujibu menegaskan, BN dan PN harus membuktikan kerjasama mampu menawarkan pentadbiran yang stabil.
SHAH ALAM - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang mula memperlihatkan pola baharu dalam pilihan raya berpotensi mengubah landskap politik negara, namun masih terlalu awal untuk dianggap sebagai formula kemenangan sesebuah pakatan.
Selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang menyaksikan sokongan pengundi Melayu beralih kepada BN di beberapa kawasan susulan arahan kepimpinan Pas, senario hampir sama kini mula kelihatan di Negeri Sembilan.