Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri

Iklan
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri hingga 9 malam ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan hingga 9 malam ini.

MetMalaysia memaklumkan kawasan terjejas ialah Perlis, Kedah melibatkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu serta Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim).

Iklan
Iklan

Amaran sama turut dikeluarkan di Kuala Lumpur, Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling) serta Johor (Kulai dan Johor Bahru).

Di Sabah, kawasan terlibat ialah Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran).

Iklan

Sementara itu di Sarawak, cuaca sama dijangka melanda Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Miri dan Limbang.

Labuanturut berada di bawah amaran berkenaan. - Bernama

Iklan