SUNGAI PETANI - Balai Polis Lama Sungai Petani berusia lebih 100 tahun diberi nafas baharu melalui kerja-kerja pemuliharaan sebagai tarikan sejarah dan warisan negara sekali gus kekal untuk tatapan generasi akan datang.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah bagaimanapun berkata, kerja-kerja pemuliharaan yang dilaksanakan melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu dilaksanakan secara teliti mengambil kira pandangan dan nasihat Jabatan Warisan Negara.
Iklan
Iklan
"Insya-ALLAH, kita di MPSPK dan PDRM mengikuti apa yang dinasihatkan... cat mengikut spesifikasi ditetapkan... kita nak menjadikan kawasan perbandaran ini ceria, tak kelihatan usang, hasrat saya juga, kalau boleh akan jadikan bangunan-bangunan lama, kedai-kedai lama ini, kita boleh cat dengan warna tertentu," katanya.
Beliau ditemui media semasa Program Citra Warisa: MPSPK Bersama PDRM (Pemuliharaan Balai Polis Lama Sungai Petani Kedah) di sini pada Khamis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kerja-kerja baik pulih balai polis yang dibina sekitar 1916 itu berupaya menjadi tarikan umum dan secara tidak lansung merapatkan hubungan polis dengan masyarakat.