Tabung CovidSinar ditutup hari ini

Iklan
Auzani (kanan) menyampaikan sumbangan hasil kutipan Tabung CovidSinar kepada wakil PKD Gombak di Shah Alam. - FOTO ASRIL ASWANDI ABDUL SHUKOR

SHAH ALAM - Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 Sinar Harian (CovidSinar) yang dilancarkan bagi menyalurkan sumbangan kepada petugas kesihatan berakhir hari ini selepas beroperasi selama 24 hari sejak 21 Mac lalu.

Kutipan Tabung CovidSinar mencecah sebanyak RM587,542 sehingga jam 9 malam semalam.

Iklan
Iklan

Pengerusi Kumpulan Karangkraf yang juga Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada rakyat Malaysia serta pihak korporat yang memberi sumbangan serta menyokong Tabung CovidSinar sejak ia mula dilancarkan.

Menurut beliau, Sinar Harian mengaktifkan Tabung CovidSinar bagi membolehkan rakyat Malaysia tampil bersama-sama mengumpulkan dana untuk petugas kesihatan sekali gus membantu meringankan beban kumpulan berkenaan dalam usaha memerangi pandemik Covid-19.

Iklan

"Hari ini kita memutuskan untuk menutup kutipan Tabung CovidSinar selepas beroperasi selama 24 hari dan baki sumbangan akan digunakan untuk membeli keperluan petugas barisan hadapan sebelum diagihkan kepada klinik-klinik kesihatan yang terlibat.

"Kita akan membentangkan perbelanjaan-perbelanjaan yang berkaitan dalam masa terdekat bagi memastikan setiap sumbangan diagihkan secara telus.

Iklan

"Kita juga akan sentiasa bekerjasama dengan badan-badan korporat untuk menjayakan program-program seumpama ini pada masa akan datang,” kata beliau.

Auzani memeriksa baki stok 'isolation gown' yang bakal diagihkan kepada klinik-klinik kesihatan hasil sumbangan orang ramai menerusi Tabung CovidSinar di pusat operasi dan pengumpulan di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam. - FOTO ASRIL ASWANDI ABDUL SHUKOR

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Replika Cek oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh kepada Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 Sinar Harian (CovidSinar) di sini hari ini.

Hadir sama, Penyelaras Tabung CovidSinar, Auzani Fikry; Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin; Penolong Pengarah Bahagian Media dan Teknologi Dakwah Yadim, Norisham Hamzah dan Ketua Unit Media Yadim, Md Zan Saari.

Sementara itu, Auzani berkata, lebih 10 klinik kesihatan dan dua buah hospital telah mendapat manfaat daripada sumbangan yang disalurkan menerusi Tabung CovidSinar.

"Insya-ALLAH kita akan terus menyalurkan barangan keperluan bagi petugas kesihatan yang masih berbaki kepada klinik-klinik kesihatan yang akan dikenal pasti khususnya di kawasan zon merah,” katanya.

Terbaharu, Tabung CovidSinar telah menyalurkan sumbangan kepada Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai, Buloh, Hospital Pekan, Pahang dan Pusat Kesihatan Daerah Gombak.